FAQ

Soalan Lazim

Adakah akaun saya berisiko bila menggunakan Incredipost?

Akaun anda selamat selagi mana anda mematuhi kaedah keselamatan yang telah disediakan.

Jangan gunakan pilihan kelajuan Fast atau Very Fast jika anda sedang menggunakan lebih dari satu fungsi pada masa yang sama.

Kepada Pengguna baru, sentiasa mulakan dengan pilihan Kelajuan Very Slow bagi beberapa hari yang pertama. Anda boleh tingkatkan kepada Medium, kemudian Fast selepas beberapa minggu.

Bagaimana Sistem Kelajuan(Speed) berfungsi?

Incredipost didatangkan dengan pilihan kelajuan yang berbeza dan setiap pilihan memiliki fungsi maksimum supaya dapat dilaksanakan setiap hari. Berikut adalah maklumat tentang bagaimana kelajuan berfungsi.

 

  • Very Slow – 24 Permintaan Setiap Hari
  • Slow – 48 Permintaan Setiap Hari
  • Medium – 72 Permintaan Setiap Hari
  • Fast – 96 Permintaan Setiap Hari
  • Very Fast – 120 Permintaan Setiap Hari
  • Auto (Dari Very Slow kepada Fast)

 

Sila ambil perhatian bahawa setiap kemudahan yang disediakan bergantung kepada satu sama lain. Ini bermakna anda boleh tetapkan kepada Auto Follow dan juga menjalankan fungsi Unfollow pada masa yang sama.

 

Walaubagaimanapun, kami menyarankan anda agar tidak menjalankannya dengan terlalu pantas bagi mengelakkan risiko terhadap akaun anda.

Adakah saya boleh memuat bayaran secara Tahunan selain dari Bayaran Bulanan?

Ya boleh. Kami mempunyai pakej tahunan. Anda akan dapat lihat pilihan ini semasa anda menaik taraf/memperbaharui pakej anda.

Adakah saya boleh muat naik lebih dari 1 fail sekaligus?

Ya boleh. Jika anda mempunyai sejumlah besar fail untuk dimuat naik dari Komputer, anda boleh memuat naik sebanyak 10 fail ke akaun Incredipost pada satu-satu masa.

Mengapa saya tidak boleh Auto Repeat Post saya ?

Kami mematikan fungsi Auto-Repeat kerana ia berpotensi memberi risiko kepada akaun Instagram anda. Jika anda ingin mengulang post, sila simpan Caption dan anda akan sentiasa boleh menggunakan semula Caption tersebut.

 

Kami menyarankan agar anda menukar Caption atau Gambar apabila anda mengulang Post.